Berkenaan Cinta
Aku melaungkan kebenaran
Segalanya yang dirahsiakan
Meniup keluar rasa cintamu
Berterbangan bebas ke udara luas
Di mana perginya kata-kata hangatmu itu.
Di mana hilangnya ayat-ayat kasihmu itu..
Dan....
Biar sahaja kulepaskan keperitan daku
Hanya ini yang kumampu....
Untuk melupakan kenangan cintaku..
Namun masih ada parut di hatiku
Sungguh aku mahu hilangkan kesan itu
Sedarkah engkau hati ini hanya milikmu
Aku hanya melihatmu dari sudut kecil itu
Berharap untuk membetulkan luka silamku
Hanya inginkan satu ruang dari diriimu
Di mana perginya laungan asmaramu?
Di mana hilangnya jeritan rindumu?
Harapan demi harapan hapus berlerai
Aku bangkit kukuhkan kedudukanku ini
Aku sedar cara pandangmu itu
Dan aku harus lepaskanmu, bebaskanmu
Berdiri aku seorang diri mencari kebenaran lain
Terhadap hati yang ingin pulih ini.
Aku duduk berdiam
Aku mendengar suaramu
Aku melihat senyummu
Aku mengata rindumu
Aku mengingat cintamu...
No comments:
Post a Comment