Saturday, July 27, 2013

Hanya Ingin Berkongsi

Salam blogger,

Semalam saya ada pergi iftar dekat Pusat Islam (UiTM, Shah Alam) and sementara tunggu azan ada la dengar sikit ceramah...mengenai amal ibadat.

Apa yang membuatkan saya tertarik adalah mengenai doa anak2 yang soleh bagi ibu-bapa yang telah kembali ke rahmattullah. Penceramah ada berkata bahawa sekiranya anak2 nya tidak tergolong dalam golongan anak2 yang soleh/solehah, maka agak sia-sia la doanya untuk ibu bapa kerana kemungkinan doanya tidak akan sampai, dan begitu juga sebaliknya bagi yang soleh/solehah. Tetapi bila difikirkan semula, Allah itu maha Mendengar, Maha Mengerti, Maha Kasih, dan Maha Penyayang. Setiap doa yang kita lakukan, dengan izinNya, ia akan Allah tunaikan dengan syarat ikhlas. Ikhlaskan hatimu dalam setiap perkara yang baik itu.

Tapi, still, kita kenalah berusaha untuk menjadi anak yag soleh/solehah. Sebab macam penceramah tu cakap semalam, kalau kita tergolong dalam golongan yang soleh/solehah, bukan sahaja doa, malah setiap perkara/ibadah yang dilakukan hari-hari dapat membantu ibu-bapa kita yang telah meninggal dunia. Malah, ganjaran yang tidak terkira nilainya telag dijanjikanNya di syurga nanti. Allah itu Maha Kaya, lagi Maha Pemurah.

Ada jugak penceramah tu cakap : kalau kita mati, biarlah pahala kita terus hidup. Jangan kita mati, dosa kita yang terus hidup. Maksudnya, sementara kita hidup ni, lakukanlah sebanyak yang mungkin ibadat dan sebarkan ilmu2 yang dapat membantu umat manusia dengan luas. Kerana jika ilmu itu masih digunakan oleh seseorang walaupun hanya sekadar ilmu tentang memegang pensil, maka, pahala orang yang mengamalkan ilmu itu ke arah yang baik akan kita terima even if you had die.  Namun, sekiranya kita melakukan dosa, dan kita berbangga dengan dosa kita sampaikan ingin kita sebarkan dosa kita kepada orang lain, maka dosa orang lain tu la yang akan kita terima, tak kira berapa banyak orang yang telah melihat/mendengar/mengamalkan perkara yang berdosa itu....Jadi, kalau dah buat dosa tu, jangan la nak bangga2 sangat. Toksah dok sebarkan dosa kamu tu kat orang lain, nnti menyusahkan diri kita dan orang lain di lain hari... Cepat2 la bertaubat. Sebesar mana pun salah kita tu, Allah sentiasa menunggu kita di pintu taubat. Percaya lah...

#makanansedap
#renung2kandanselamatberamal#




No comments:

Post a Comment