Monday, July 8, 2013

Berkenaan Cinta 2


Berkenaan Cinta (bhg2)


Jiwa bebas terbang di awangan 
Minda dibiar melupakan realiti 
Melayari dunia impi sang bidadari
Melepaskan diri menembusi dimensi

Aku menemu si dikau yang kucari
Bahagia tidak terucap dari sang bibir
Siapa kata diri tidak empunya hati?
Siapa kata diri tak mampu diminati?

Sungguh aku memilihmu dari segalanya
Tiba sahaja hari dimana engkau hak aku
Akan ku rajakan kau dari yang berhamba
Akan ku tinggikan darjatmu dari semua

Kasih tercipta selari dengan setia 
Mampukah engkau beriku setiamu
Setelah segala yang aku korbankan
Waktu, tenaga, harta, jiwa dan raga

Suatu hari yang telah ditakdirkan
Aku melihat dikau tersenyum manis
Namun bukan aku kau beri senyum itu
Terabai sudah hadirku untukmu 

Bibir diketip kunci seribu bahasa
Bermuka hampa jelas terpapar
Sambil hati berkecai ditusuk panah
Segalanya musnah dek setiaku untuknya..

No comments:

Post a Comment